Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label time. Show all posts
Showing posts with label time. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

take it easy


setiap niat yang baik pasti akan dipermudahkan segala urusan itu oleh Allah swt
in shaa Allah
kerna Dia yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu

kita sebagai hambaNya perlu berusaha untuk mencapai sesuatu itu
nikmati ujian yang diberikan sebagai satu ujian
jika kesetiaan yang diuji, tabahkanlah iman dan hati
jgn pernah untuk mencuba-cuba ujian yang diberikan atas dasar lain

la tahzan
innallahhama'ana

semoga Allah sentiasa memelihara niat baik ini
in shaa Allah

Wednesday, December 11, 2013

....


writing
writing
writing
and it makes me 'happy'
even we can't have a talk
at least
i can wrote to myself

at least
i could remind myself

at least
i could see my future

at least
i could try to understand people

at least
i understood what was happening

at least
i could full fill my time

at least
i could satisfied my self

at least
i'm trying to understand myself
to calm myself
to love myself
more, more,more than others

because
just in this way
we will have a good life
:'(



Thursday, October 10, 2013

dislike


dalam setiap perkenalan mesti ada taa'ruf
sebelum nak interview patient mesti ada rapport
sebelum nak jawab panggilan mesti kenalkan diri
sebelum nak masuk rumah orang mesti tahu tujuan datang
sebelum apa-apa berlaku, mesti ada perkenalan
sama mcm karangan masa sekolah dulu

kalau tak ada......
semua jadi useless
semua jadi bosan
semua jadi persoalan
semua jadi nothing
semua tak akan berkesan
semua akan hilang begitu sahaja


sahabat yang baik tidak akan sembunyikan dirinya

........................................

Tuesday, September 17, 2013

diari praktikal

assalamualaikum

alhamdulillah
hampir tiga minggu menjalani praktikal, pelbagai cerita suka dan duka tersemat di hati
yang suka membuatkan diri bahagia
yang duka mengajar diri lebih dewasa
suka dan duka, itulah kehidupan manusia

semakin hari jiwa jururawat semakin dekat di hati
semoga terus istiqamah di jalan yang mulia ini

semakin hari juga hati memikirkan masa depan
bagaimana kerjaya ku nanti?
adakan akan sama seperti sekarang?
atau akan berubah seperti mereka?
ya Allah, semoga hati terus ikhlas melakukan ibadah ini

sungguh hati bersyukur dgn nikmat kesihatan yang Allah berikan
sungguh hati takut andai insan tersayang terpaksa terlantar di hospital
tidak sanggup melihat org yg tgh sakit diganggu saban waktu
"mak, jaga kesihatan baik2"
"ayah, jaga kesihatan baik2"
"akak, acik, adik...jaga kesihatan baik2"
nikmat Allah......
.............................................................................

bila pak cik2 ni tidur?
saat ingin melelapkan mata, jururawat dtg utk pemeriksaan
saat nyenyak tidur, doktor dtg melakukan rawatan
siang berjaga, malam juga berjaga
badan keletihan
lesu, lemah, longlai

ya...semua ini untuk kebaikan
namun sedih hati melihat
.............................................

hati juga belajar untuk menerima apa yang patut diterima
tidak semua benda yang kita suka akan jadi milik kita
mungkin ia hadir untuk mengajar kita erti kehidupan, erti pengorbanan.
pujuk hati untuk menerima dengan hati yang redha
in shaa Allah, dgn kekuatan yang Engkau berikan,hambaMu yakin dgn ketetapanMu

hati yakin itu yang terbaik untuk dirinya
semoga berbahagia hingga ke syurga
in shaa Allah
ini yang terbaik utknya

p/s: doakan kamu untuk dia, dan dia untuk kamu

^___^

..................................................................................................








Sunday, September 8, 2013

shift

assalamualaikum....

alhamdulillah...
i want to be a nurse!!
in shaa Allah

first time nak 'keja' shift petang ni...
means that dari pukul 2.00pm sampai 9.00pm
macam mana kan?
suasana di dalam ward di malam hari?
keadaan pesakit di malam hari?
tiada lagi kedengaran burung yang berkicauan....
masa ini juga perlu diambil kesempatan untuk melalui suasana bekerja yang sebenarnya...
bagaimana waktu solat ketika bekerja....
bagaimana mata mampu menahan kesibukan bekerja...
semuanya bermain di fikiranku

tak sabar nak masuk shift
semoga Allah memudahkan segala urusanku dan sahabat2 yang lain
aminn ya Rabb...


"tiada perkara yang mudah begitu sahaja dalam kehidupan ini
semuanya memerlukan keazaman yang tinggi
hati yang cekal dan tabah pasti tiada masalah
tapi hati yang lembut perlu diasah agar menjadi tajam utk menempuh duri hidup
supaya apa?
supaya tidak luka dek kerana duri yang satu"


.....................................................................................................................................................


perpisahan kadangkala mengajar kita erti kuat
perpisahan kadangkala mengajar kita erti berdikari
perpisahan kadangkala mengajar kita erti tabah
perpisahan kadangkala mengajar kita erti menghargai
perpisahan kadangkala mengajar kita supaya hati tidak menangis
perpisahan kadangkala mengajar kita erti sebuah persahabatan yang sejati
perpisahan kadangkala mengajar kita erti bersyukur pada Illahi

namun....
sejauh mana kita mengambil kesemua yang positif ini??
mampukah diri untuk melaluinya....

[berfikir sejenak]

in shaa Allah....
Allah tahu mana yang terbaik untuk kita...
la tahzan.....innallahamaa'na..

^___^




Friday, September 6, 2013

journey


assalamualaikum...

when the journey start...

sesi1#
makan sama2, seriously unexpected that I try my best to control myself so that does not look awkward in public

sesi2#
suasana aman di tengah jalanan, it is so beautiful, with the words accompany and the music, and, I learned something

sesi3#
makan sama2 lagi, just like red and pink...haha

sesi4#
again......it's time to eat. Opppssss......i did something that 'sgt2' memalukan, tapi, boleh dikawal semula

sesi5#
the sweet moment, in the early morning, I'm really likes this moment, we pray together....again, when such like this happened again, i'm so happy.....tenang hati, bahagia rasa

sesi6#
in that small box....selalu nampak seperti dilihat...haha,adakah perasaan atau realiti. I thought its reality..

last session la....
subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar
astaqfirullahalazim

..........................far away..........................


the end


Thursday, August 29, 2013

merah dan pink


assalamualaikum

...................................

[matched making]

dalam semua perkara, keserasian amat penting.
knp ya?

contoh nak masak...
kalau bahan A xserasi dgn bahan B, pasti xjadi masakan tu.
contoh macam tepung ubi dengan air, bila gaul sekali, xserasi jadinya, tp kalau tepung ubi dengan minyak, serasi jadi, xpercaya cuba la.
bila dah serasi, langkah untuk memasak seterusnya akan berjalan lancar
tapi, jika x, proses akan menjadi lambat, lebih malang lagi kalau masakan tu terus rosak

so, keserasian amat penting
kan^___^

begitu juga dalam hidup, kalau sesuatu barang itu xserasi dengan kita, walau cantik mcm mna pun, bila pakai ada ja masalah, atau kita rasa xselesa, xpayah nak paksa diri kita untuk barang tersebut.
xsalah untuk terus memakai, tp xsalah juga kalau ada kesempatan untuk memiliki yang baru.
so, semua di tangan sendiri.

it is not something or anything behind the words.
but, this is reality in this world. 

keep it up!!


Wednesday, July 17, 2013




terima kasih awak:)

Tuesday, July 16, 2013

nikmat Allah




as'salamua'laikum
7 Ramadhan 1434H
alhamdulillah, bersyukur di atas segala nikmatmu ya Allah



[TOPIC]

alhamdulillah....2012/2013, LULUS semua, syukur ya Allah
terima kasih mak dan ayah yang doakan angah
terima kasih teman-teman yang banyak membantu
terima kasih sahabat-sahabat yang sama-sama menemani perjuangan
terima kasih semua
semoga Allah memberkati kejayaan kita dunia dan akhirat
[baru tahu lulus atau gagal, belum tahu keputusan sepenuhnya lagi]
namun, hati bersyukur sangat
=)

kehidupan benar-benar  memberi kita seribu pengajaran jika diteliti
duduk bersama manusia mengajak hati mengenal mereka dengan lebih dekat
lumrah alam
pasti ada baik dan jahat

hati sakit melihat yang jahat, namun pasti ada baiknya, mungkin Allah mahu kita melihat yang jahat supaya kita tidak melakukannya, supaya kita tahu betapa buruknya jahat itu, supaya kita tahu berapa ramai yang disakiti akibat kejahatan itu, supaya kita bersyukur apa yang kita ada, in shaa Allah

hati tenang melihat yang baik, bersyukur jika sentiasa ada yang baik, jangan mengeluh andai tidak dapat yang baik. Ya, benar....tipu jika hati tidak mengeluh, tipu jika hati tidak menangis...namun, kuatkan diri, pasti ada hikmahnya, in shaa Allah

word today:
"kita boleh mencontohi seseorang, tapi kita jangan memaksa seseorang untuk mencontohi kita"


yes......
pengajaran...........
jangan suka memaksa orang
ain!!stop forcing people!!!
yes, i know
[orang xsuka kamu paksa-paksa org]

.....................................................................................................................................

sekian

Monday, July 15, 2013

.....


yes!!!
terasa nak tulis macam2
everything
semua
banyak perkara yang berlaku
tapi tak tertulis
=(

apapun
selamat menjalani ibadah puasa sahabat2
semoga kita dapat meningkatkan ibadah dan terus istiqamah melakukan ibadah kepada Allah swt

pesan adik..
jgn nakal2
jgn main2
...........................................

Wednesday, June 12, 2013

exam fever 2




E
X
A
M
.............................

this,,,
really makes me like this,,,

ain!!!
please be strong and study!
keep it up!!

struggle until satisfied
may Allah bless my effort
our effort
in shaa Allah

^______^
keep smile to calm myself

[insleepyconditionbutmustcontinue]


Monday, April 8, 2013

...........



"to be happy
just smile
you will be happy"
in shaa Allah
^________^

Monday, April 1, 2013

my health teaching



[CONFIDENTIAL]
[FREE TO SHARE]

cuba baca..
agak2 faham x?
^____^

PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN
KAMPUS KESIHATAN, USM
KUBANG KERIAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KESIHATAN (KEJURURAWATAN)
Semester 2, Sidang Akademik 2013/2014


GTJ314 PENDIDIKAN KEJURURAWATAN


PENGAJARAN KESIHATAN :
PENDIDIKAN KESIHATAN MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

Disediakan oleh:
Siti Noorain Mohd Hashim   (108663)

Pensyarah:
Puan Rosmawati Mohamed

Perancangan Pembelajaran untuk Pesakit Tekanan Darah Tinggi: Definisi, jenis, gejala dan tanda-tanda tekanan darah tinggi.

Aktiviti pelajar
Kandungan
AVA
Induksi
Assalamualaikum pak cik, saya Siti Noorain Mohd Hashim, pelajar kejururawatan tahun 3 dari USM.
Bagaimana keadaan pak cik pada hari ini?
“Pesakit menjawab”
Pak cik nampak ceria dan  sihat. Semalam pak cik dapat tidur dengan baik atau tidak?
“Pesakit menjawab”
 Pak cik sudah makan ?
“Pesakit menjawab”

Seperti yang sudah saya maklumkan kepada pak cik semalam, saya datang pada hari ini adalah untuk memberi maklumat dan menerangkan kepada encik mengenai tekanan darah tinggi. Walaupun sebab utama pak cik dimasukkan ke sini adalah kerana kencing manis, namun pak cik juga ada menghidapi tekanan darah tinggi. jadi, penting untuk pak cik mengetahui mengenai tekanan darah tinggi ini. Jadi, saya akan terangkan kepada pak cik mengenai tekanan darah tinggi dan tanda-tanda sekiranya tekanan darah pak cik tidak terkawal terutama semasa di rumah untuk mengelakkkan komplikasi. Oleh itu, saya harap pak cik  dapat memberi kerjasama semasa saya menyampaikan maklumat ini. Sekiranya pak cik mempunyai sebarang persoalan, pak cik digalakkan untuk bertanya kepada saya.

Boleh kita mulakan, pak cik?


Perkembangan 1
Apakah yang pak cik faham mengenai tekanan darah tinggi?

Jangkaan jawapan:
“Ya saya tahu serba sedikit mengenai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah tekanan darah saya tinggi daripada paras yang normal”


Jika tidak dapat berikan jawapan, berikan penjelasan.
Tidak mengapa pak cik, saya akan berikan penjelasan kepada pak cik.

Jika dapat berikan jawapan, tambahkan sedikit maklumat dengan memberi lebih penjelasan.


















Soalan kepada pesakit.
Wah, betul apa yang pak cik berikan. Dari manakah pak cik mendapat maklumat tersebut?

“Pesakit menjawab sedikit”

Apa yang pak cik katakan tadi adalah betul, tapi izinkan saya untuk memberi penjelasan dengan lebih terperinci mengenai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi ataupun diketahui sebagai hipertensi merupakan suatu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah encik lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan.

Tekanan darah  ini ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran awal.  Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka kita akan  lebih cenderung mendapat tekanan darah tinggi.

Sebagai contoh, terdapat dua saluran paip yang mempunyai saiz keliling yang sama. Tetapi, kuantiti air yang mengalir di setiap saluran paip tersebut adalah berbeza. Satu saluran paip akan mempunyai kuantiti air yang banyak manakala satu saluran paip yang lagi satu mempunyai kuantiti air yang sedikit. Jadi, pada pandangan encik saluran paip yang mana satukah yang akan mempunyai pancuran air yang lebih tinggi di antara kedua-dua saluran paip tersebut? 
Jangkaan jawapan
1)      Saya rasa saluran paip yang mempunyai kuantiti air yang lebih banyak yang akan mempunyai pancutan air yang lebih kuat.

Pamplet mengenai tekanan darah tinggi yang telah disediakan.



Kandungan pamplet terdapat gambar rajah mengenai saluran darah.


Sekiranya jawapan yang diberikan tidak menepati jangkaan jawapan.
Oh encik, bukan begitu jawapannya pak cik. Tidak mengapa, saya akan terangkan semula. (Memberi penerangan semula)

Sambungan penjelasan definisi.








Soalan kepada pesakit.
Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah tekanan darah tinggi boleh dikatakan mampu mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, adalah sangat penting bagi pak cik supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengikut arahan  doktor.

Saya harap pak cik faham apa yang saya jelaskan sebentar tadi mengenai tekanan darah tinggi. Pak cik fahamkah?


Jangkaan jawapan dari pesakit.
Ya, saya faham dan mendapat penjelasan yang lebih mengenai tekanan darah tinggi.


Perkembangan 2
Bagus pak cik. Sekarang akan teruskan dengan penjelasan yang lebih lanjut. Adakah pak cik tahu mengenai bacaan yang tercatat pada alat monitor tekanan darah?


Jika tidak dapat berikan jawapan berikan penjelasan.
Jangkaan jawapan :
1)      Saya tidak tahu apakah maksud bacaan tersebut. Saya hanya diberitahu namun tidak dijelaskan maksudnya.
2)      Saya hanya tahu jika nombor yang tercatat terlalu tinggi, itu bermakna tekanan darah saya tinggi.

Penjelasan mengenai bacaan pada alat tekanan darah.











Soalan kepada pesakit.
Tidak mengapa pak cik, saya akan jelaskan tentang maksud bacaan yang terdapat pada alat monitor tersebut.

Sebenarnya, tekanan darah terdapat dua ukuran dan biasanya diukur seperti 120/80 milimeter merkuri (mmHg). Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa pak cik berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sekarang saya akan jelaskan tentang kadar bacaan tekanan darah yang tercatat di alat monitor tersebut berdasarkan jenis-jenis tekanan darah. Tekanan  darah normal adalah bacaan sistolik < 120 mmHg dan diastolik < 80 mm Hg, kadar bacaan tekanan pre- tekanan darah tinggi adalah systolik 120-139 mmHg dan diastolik 80-89 mmHg dan kadar bacaan tekanan darah tinggi peringkat 1 adalah sistolik 140-159 mmHg dan diastolik 90-99 mmHg. Manakala, kadar bacaan tekanan darah tinggi peringkat 2 adalah sistolik ≥160 dan diastolik ≥100 mmHg dan kadar bacaan  tekanan isolated sistolik adalah sistolik >140 dan diastolik <90mmHg.

Jadi, adakah pak cik dapat mengenalpasti di mana paras tekanan darah pak cik setelah mengetahui maklumat ini?  Berapa tekanan darah pak cik pagi tadi?

Jangkaan jawapan:
Ya, saya tahu tahap tekanan darah saya. Pagi tadi tekanan darah saya 140/90 mmHg dan berada di tahap tekanan darah tinggi peringkat 1.

Pamplet menunjukkan kadar bacaan pada yang terdapat pada alat monitor tekanan darah.







Kadar bacaan diletakkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan pesakit faham.
Perkembangan 3
Tahniah pak cik. Pak cik memahami apa yang saya jelaskan tadi. Adakah pak cik mengetahui jenis tekanan darah apa yang pak cik hadapi sekarang ini?

Jangkaan jawapan.
1. “Minta maaflah, saya tidak tahu pula apakah jenis tekanan darah yang saya alami sekarang ini.”


Jika tidak dapat berikan jawapan, berikan penjelasan.
Tidak mengapa pak cik, sekarang saya akan terangkan kepada pak cik bagaimanakah kita hendak mengenalpasti jenis tekanan darah yang kita alami.

Terdapat 3 jenis tekanan darah tinggi iaitu tekanan darah tinggi primer, tekanan darah tinggi sekunder dan tekanan darah tinggi isolated sistolik.

Tekanan darah tinggi primer merupakan sebahagian besar dari tekanan darah tinggi di mana punca-punca tekanan adalah tidak diketahui. Hal ini mungkin disebabkan oleh kombinasi faktor gaya hidup seperti diet, aktiviti seharian, pengambilan ubat, hormon, genetik dan juga penyakit-penyakit lain.

Antara gejala dan simptom tekanan darah tinggi primer yang dapat dikenal pasti adalah pesakit akan  mengadu sakit kepala (biasanya berlaku pada waktu pagi dan biasanya setempat di bahagian belakang kepala), mudah berasa letih, sering pening (lebih kerap pada waktu pagi),  sentiasa berpeluh, jantung berdebar-debar ,hidung berdarah, sakit dada dan juga sesak nafas. Itu adalah tekanan darah tinggi primer.

Yang kedua adalah tekanan darah tinggi sekunder. Tekanan darah tinggi jenis ini telah digambarkan oleh namanya. Ia bermaksud tekanan darah disebabkan oleh punca-punca atau penyakit –penyakit lain seperti penyakit-penyakit ginjal, penyakit-penyakit endokrin, disebabkan ubat, kecacatan kelahiran dan juga punca-punca lain.

Selain itu, jika pesakit telah dikenalpasti dengan tekanan darah tinggi dan mempunyai mana-mana tanda-tanda ini, mungkin bermakna keadaan pesakit adalah tekanan darah sekunder. Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah seperti tekanan darah tinggi yang tidak bertindak balas kepada ubat tekanan darah, tekanan darah tinggi yang sangat tinggi (tekanan darah sistolik lebih daripada 180 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik lebih daripada 110 mm Hg, ubat tekanan darah yang sebelum ini mengawal tekanan darah pesakit tidak lagi berfungsi, tekanan darah tinggi secara mendadak pada usia sebelum 30 tahun atau selepas mencapai umur 55 tahun & tiada sejarah keluarga tekanan darah tinggi.

Seterusnya adalah tekanan darah tinggi isolated sistolik. Tekanan darah tinggi isolated sistolik adalah satu bentuk hipertensi penting di mana hanya tekanan darah sistolik sahaja yang tinggi. Ia juga didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik <140mmHg dan tekanan darah diastolik <90mmHg. Keadaan ini sering disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit misalnya anemia, hipertiroid dan sebagainya tetapi sebahagian besar keadaan ini terjadi kerana usia lanjut.

Oleh itu, diharap pak cik dapat memahami 3 jenis tekanan darah tinggi yang saya sebutkan sebentar tadi. Boleh pak cik jelaskan sedikit jenis-jenis tekanan darah yang saya sebut sebentar tadi?

Pamplet jenis-jenis tekanan darah tinggi.







Jangkaan jawapan pesakit
Terdapat tiga jenis tekanan darah iaitu primer, sekunder dan isolated sistolik. Saya merasakan saya mengalami tekanan darah tinggi primer disebabkan oleh gaya hidup saya yang sering memakan makanan yang masin.

Mini penutup
Ya encik. Betul,tepat sekali. Terima kasih kerana pak cik memahami apa yang saya jelaskan sebentar tadi. Oleh itu, penting untuk pak cik mengetahui gejala dan tanda-tanda ini supaya pak cik dapat mengatasai atau mengambil langkah perawatan yang awal sekiranya pak cik mengalami tanda-tanda yang disebut tadi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan komplikasi yang mungkin akan mengancam kesihatan encik.


Perkembngan 4







Soalan kepada pesakit.
Baiklah pak cik, sekarang saya akan teruskan dengan perawatan bagi tekanan darah tinggi,  Jadi, saya akan terangkan kepada pak cik mengenai perawatan bagi tekanan darah tinggi agar encik dapat mengetahui cara-cara perawatan yang sepatutnya encik ikuti untuk mengawal tekanan darah pak cik.

Adakah pak cik mengetahui perawatan apakah yang telah diarahkan oleh doktor kepada pak cik? Adakah pak cik memahami kegunaan dan kepentingan perawatan yang diberikan?

Jangkaan jawapan:
      1.    ‘Ya, saya tahu apakah perawatan yang diberikan kepada saya.’
        2. ‘Minta maaf, saya tidak tahu.’


Penerangan
Baiklah, sekarang saya akan terangkan kepada pak cik apakah kegunaan dan kepentingan perawatan yang diberikan kepada pak cik.

Dalam merawat penyakit darah tinggi, kita perlu menggunakan dua jenis pendekatan dalam perawatan iaitu dengan cara mengubah gaya hidup dan juga ubatan.

Dalam pendekatan perawatan mengubah gaya hidup, apa yang pak cik perlu lakukan adalah mengubah suai cara hidup dan juga pemakanan encik kearah yang lebih sihat berdasarkan status kesihatan pak cik. Antara contoh pengubah suaian cara hidup yang encik harus lakukan adalah mengamalkan pemakanan yang sihat yang telah disyorkan oleh pakar pemakanan. Pemakanan yang sihat bagi pesakit darah tinggi adalah dengan mengurangkan pengambilan garam dan natrium. Pengambilan garam dan natrium yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan seterusnya akan mengakibatkan komplikasi yang lain. Antara makanan yang tinggi dengan garam dan natrium yang pak cik harus elakkan dari mengambilnya adalah seperti makanan berjeruk, kicap soya, budu, belacan, makanan ringan, makanan dalam tin dan juga keju yang telah diproses. Makanan yang digalakkan dalam pemakanan encik adalah makanan bijirin seperti barli dan oat, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

Selain daripada mengubah cara pemakanan pak cik , pak cik juga perlu untuk mengubah gaya hidup pak cik kearah yang lebih aktif. pak cik juga digalakkan untuk selalu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan satu sesi bersenam haruslah mengambil masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit. Senaman yang digalakkan untuk encik lakukan adalah senaman seperti senaman regangan badan,berjogging, dan juga berbasikal. Bersenam akan dapat membantu menguatkan otot jantung dan sistem cardiovaskular, membantu mengurangkan lemak badan dan juga stress. Selain itu, sekiranya encik merokok, saya juga ingin menggalakkan pak cik untuk berhenti merokok kerana nikotin yang terdapat didalam rokok akan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Setakat ini, adakah encik faham atau mempunyai sebarang persoalan?
Jangkaan jawapan:
        1.    ‘Saya tidak mempunyai sebarang persoalan’

Jika pesakit mempunyai persoalan, jelaskan semula.










Pamplet menunjukan rajah piramid makanan.
Mini penutup
Ya encik. Betul,tepat sekali. Terima kasih kerana encik memahami apa yang saya jelaskan sebentar tadi. Jadi dengan ini, adalah amat penting bagi encik untuk sentiasa mematuhi perawatan yang diarahkan kepada encik bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini. Hal ini kerana, setiap perawatan yang diarahkan kepada encik mempunyai tujuan dan kepentingan yang tersendiri bagi membantu untuk menurunkan tekanan darah encik.

Adakah encik mempunyai apa-apa persoalan yang ingin dikemukan kepada saya?
Jangkaan jawapan:
Tidak, rasanya saya memahami apa yang kamu telah terangkan kepada saya.


Pengukuhan
Baiklah pak cik,saya telah memberi penjelasan serba sedikit mengenai tekanan darah tinggi. Oleh itu, sebelum saya mengundur diri untuk kali ini, saya harap pak cik dapat memahami apa yang saya terangkan sebentar tadi. Bolehkah pak cik ceritakan sedikit apa yang pak cik faham dengan semua penerangan saya sebentar tadi. Bolehkah pak cik?
Jangkaan jawapan:
Pesakit berjaya membuat kesimpulan.

Penutup

Wah,nampaknya pak cik betul-betul memahami apa yang telah saya terangkan tadi. Terima kasih pak cik. Terima kasih juga kerana sudi mendengar apa pendidikan kesihatan yang saya ceritakan sebentar tadi.  Saya doakan pak cik sentiasa sihat dan ceria selalu. Akhir sekali, pesanan saya, jagalah kesihatan dengan pak cik baik.

Beri salam dan mengundur diri.



 ain!!!
all d best!!!
 chaiyokk!!!
in shaa Allah
^____^