Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, April 1, 2013

my health teaching



[CONFIDENTIAL]
[FREE TO SHARE]

cuba baca..
agak2 faham x?
^____^

PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN
KAMPUS KESIHATAN, USM
KUBANG KERIAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KESIHATAN (KEJURURAWATAN)
Semester 2, Sidang Akademik 2013/2014


GTJ314 PENDIDIKAN KEJURURAWATAN


PENGAJARAN KESIHATAN :
PENDIDIKAN KESIHATAN MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

Disediakan oleh:
Siti Noorain Mohd Hashim   (108663)

Pensyarah:
Puan Rosmawati Mohamed

Perancangan Pembelajaran untuk Pesakit Tekanan Darah Tinggi: Definisi, jenis, gejala dan tanda-tanda tekanan darah tinggi.

Aktiviti pelajar
Kandungan
AVA
Induksi
Assalamualaikum pak cik, saya Siti Noorain Mohd Hashim, pelajar kejururawatan tahun 3 dari USM.
Bagaimana keadaan pak cik pada hari ini?
“Pesakit menjawab”
Pak cik nampak ceria dan  sihat. Semalam pak cik dapat tidur dengan baik atau tidak?
“Pesakit menjawab”
 Pak cik sudah makan ?
“Pesakit menjawab”

Seperti yang sudah saya maklumkan kepada pak cik semalam, saya datang pada hari ini adalah untuk memberi maklumat dan menerangkan kepada encik mengenai tekanan darah tinggi. Walaupun sebab utama pak cik dimasukkan ke sini adalah kerana kencing manis, namun pak cik juga ada menghidapi tekanan darah tinggi. jadi, penting untuk pak cik mengetahui mengenai tekanan darah tinggi ini. Jadi, saya akan terangkan kepada pak cik mengenai tekanan darah tinggi dan tanda-tanda sekiranya tekanan darah pak cik tidak terkawal terutama semasa di rumah untuk mengelakkkan komplikasi. Oleh itu, saya harap pak cik  dapat memberi kerjasama semasa saya menyampaikan maklumat ini. Sekiranya pak cik mempunyai sebarang persoalan, pak cik digalakkan untuk bertanya kepada saya.

Boleh kita mulakan, pak cik?


Perkembangan 1
Apakah yang pak cik faham mengenai tekanan darah tinggi?

Jangkaan jawapan:
“Ya saya tahu serba sedikit mengenai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah tekanan darah saya tinggi daripada paras yang normal”


Jika tidak dapat berikan jawapan, berikan penjelasan.
Tidak mengapa pak cik, saya akan berikan penjelasan kepada pak cik.

Jika dapat berikan jawapan, tambahkan sedikit maklumat dengan memberi lebih penjelasan.


















Soalan kepada pesakit.
Wah, betul apa yang pak cik berikan. Dari manakah pak cik mendapat maklumat tersebut?

“Pesakit menjawab sedikit”

Apa yang pak cik katakan tadi adalah betul, tapi izinkan saya untuk memberi penjelasan dengan lebih terperinci mengenai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi ataupun diketahui sebagai hipertensi merupakan suatu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah encik lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan.

Tekanan darah  ini ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran awal.  Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka kita akan  lebih cenderung mendapat tekanan darah tinggi.

Sebagai contoh, terdapat dua saluran paip yang mempunyai saiz keliling yang sama. Tetapi, kuantiti air yang mengalir di setiap saluran paip tersebut adalah berbeza. Satu saluran paip akan mempunyai kuantiti air yang banyak manakala satu saluran paip yang lagi satu mempunyai kuantiti air yang sedikit. Jadi, pada pandangan encik saluran paip yang mana satukah yang akan mempunyai pancuran air yang lebih tinggi di antara kedua-dua saluran paip tersebut? 
Jangkaan jawapan
1)      Saya rasa saluran paip yang mempunyai kuantiti air yang lebih banyak yang akan mempunyai pancutan air yang lebih kuat.

Pamplet mengenai tekanan darah tinggi yang telah disediakan.



Kandungan pamplet terdapat gambar rajah mengenai saluran darah.


Sekiranya jawapan yang diberikan tidak menepati jangkaan jawapan.
Oh encik, bukan begitu jawapannya pak cik. Tidak mengapa, saya akan terangkan semula. (Memberi penerangan semula)

Sambungan penjelasan definisi.








Soalan kepada pesakit.
Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah tekanan darah tinggi boleh dikatakan mampu mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, adalah sangat penting bagi pak cik supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengikut arahan  doktor.

Saya harap pak cik faham apa yang saya jelaskan sebentar tadi mengenai tekanan darah tinggi. Pak cik fahamkah?


Jangkaan jawapan dari pesakit.
Ya, saya faham dan mendapat penjelasan yang lebih mengenai tekanan darah tinggi.


Perkembangan 2
Bagus pak cik. Sekarang akan teruskan dengan penjelasan yang lebih lanjut. Adakah pak cik tahu mengenai bacaan yang tercatat pada alat monitor tekanan darah?


Jika tidak dapat berikan jawapan berikan penjelasan.
Jangkaan jawapan :
1)      Saya tidak tahu apakah maksud bacaan tersebut. Saya hanya diberitahu namun tidak dijelaskan maksudnya.
2)      Saya hanya tahu jika nombor yang tercatat terlalu tinggi, itu bermakna tekanan darah saya tinggi.

Penjelasan mengenai bacaan pada alat tekanan darah.











Soalan kepada pesakit.
Tidak mengapa pak cik, saya akan jelaskan tentang maksud bacaan yang terdapat pada alat monitor tersebut.

Sebenarnya, tekanan darah terdapat dua ukuran dan biasanya diukur seperti 120/80 milimeter merkuri (mmHg). Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa pak cik berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sekarang saya akan jelaskan tentang kadar bacaan tekanan darah yang tercatat di alat monitor tersebut berdasarkan jenis-jenis tekanan darah. Tekanan  darah normal adalah bacaan sistolik < 120 mmHg dan diastolik < 80 mm Hg, kadar bacaan tekanan pre- tekanan darah tinggi adalah systolik 120-139 mmHg dan diastolik 80-89 mmHg dan kadar bacaan tekanan darah tinggi peringkat 1 adalah sistolik 140-159 mmHg dan diastolik 90-99 mmHg. Manakala, kadar bacaan tekanan darah tinggi peringkat 2 adalah sistolik ≥160 dan diastolik ≥100 mmHg dan kadar bacaan  tekanan isolated sistolik adalah sistolik >140 dan diastolik <90mmHg.

Jadi, adakah pak cik dapat mengenalpasti di mana paras tekanan darah pak cik setelah mengetahui maklumat ini?  Berapa tekanan darah pak cik pagi tadi?

Jangkaan jawapan:
Ya, saya tahu tahap tekanan darah saya. Pagi tadi tekanan darah saya 140/90 mmHg dan berada di tahap tekanan darah tinggi peringkat 1.

Pamplet menunjukkan kadar bacaan pada yang terdapat pada alat monitor tekanan darah.







Kadar bacaan diletakkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan pesakit faham.
Perkembangan 3
Tahniah pak cik. Pak cik memahami apa yang saya jelaskan tadi. Adakah pak cik mengetahui jenis tekanan darah apa yang pak cik hadapi sekarang ini?

Jangkaan jawapan.
1. “Minta maaflah, saya tidak tahu pula apakah jenis tekanan darah yang saya alami sekarang ini.”


Jika tidak dapat berikan jawapan, berikan penjelasan.
Tidak mengapa pak cik, sekarang saya akan terangkan kepada pak cik bagaimanakah kita hendak mengenalpasti jenis tekanan darah yang kita alami.

Terdapat 3 jenis tekanan darah tinggi iaitu tekanan darah tinggi primer, tekanan darah tinggi sekunder dan tekanan darah tinggi isolated sistolik.

Tekanan darah tinggi primer merupakan sebahagian besar dari tekanan darah tinggi di mana punca-punca tekanan adalah tidak diketahui. Hal ini mungkin disebabkan oleh kombinasi faktor gaya hidup seperti diet, aktiviti seharian, pengambilan ubat, hormon, genetik dan juga penyakit-penyakit lain.

Antara gejala dan simptom tekanan darah tinggi primer yang dapat dikenal pasti adalah pesakit akan  mengadu sakit kepala (biasanya berlaku pada waktu pagi dan biasanya setempat di bahagian belakang kepala), mudah berasa letih, sering pening (lebih kerap pada waktu pagi),  sentiasa berpeluh, jantung berdebar-debar ,hidung berdarah, sakit dada dan juga sesak nafas. Itu adalah tekanan darah tinggi primer.

Yang kedua adalah tekanan darah tinggi sekunder. Tekanan darah tinggi jenis ini telah digambarkan oleh namanya. Ia bermaksud tekanan darah disebabkan oleh punca-punca atau penyakit –penyakit lain seperti penyakit-penyakit ginjal, penyakit-penyakit endokrin, disebabkan ubat, kecacatan kelahiran dan juga punca-punca lain.

Selain itu, jika pesakit telah dikenalpasti dengan tekanan darah tinggi dan mempunyai mana-mana tanda-tanda ini, mungkin bermakna keadaan pesakit adalah tekanan darah sekunder. Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah seperti tekanan darah tinggi yang tidak bertindak balas kepada ubat tekanan darah, tekanan darah tinggi yang sangat tinggi (tekanan darah sistolik lebih daripada 180 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik lebih daripada 110 mm Hg, ubat tekanan darah yang sebelum ini mengawal tekanan darah pesakit tidak lagi berfungsi, tekanan darah tinggi secara mendadak pada usia sebelum 30 tahun atau selepas mencapai umur 55 tahun & tiada sejarah keluarga tekanan darah tinggi.

Seterusnya adalah tekanan darah tinggi isolated sistolik. Tekanan darah tinggi isolated sistolik adalah satu bentuk hipertensi penting di mana hanya tekanan darah sistolik sahaja yang tinggi. Ia juga didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik <140mmHg dan tekanan darah diastolik <90mmHg. Keadaan ini sering disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit misalnya anemia, hipertiroid dan sebagainya tetapi sebahagian besar keadaan ini terjadi kerana usia lanjut.

Oleh itu, diharap pak cik dapat memahami 3 jenis tekanan darah tinggi yang saya sebutkan sebentar tadi. Boleh pak cik jelaskan sedikit jenis-jenis tekanan darah yang saya sebut sebentar tadi?

Pamplet jenis-jenis tekanan darah tinggi.







Jangkaan jawapan pesakit
Terdapat tiga jenis tekanan darah iaitu primer, sekunder dan isolated sistolik. Saya merasakan saya mengalami tekanan darah tinggi primer disebabkan oleh gaya hidup saya yang sering memakan makanan yang masin.

Mini penutup
Ya encik. Betul,tepat sekali. Terima kasih kerana pak cik memahami apa yang saya jelaskan sebentar tadi. Oleh itu, penting untuk pak cik mengetahui gejala dan tanda-tanda ini supaya pak cik dapat mengatasai atau mengambil langkah perawatan yang awal sekiranya pak cik mengalami tanda-tanda yang disebut tadi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan komplikasi yang mungkin akan mengancam kesihatan encik.


Perkembngan 4







Soalan kepada pesakit.
Baiklah pak cik, sekarang saya akan teruskan dengan perawatan bagi tekanan darah tinggi,  Jadi, saya akan terangkan kepada pak cik mengenai perawatan bagi tekanan darah tinggi agar encik dapat mengetahui cara-cara perawatan yang sepatutnya encik ikuti untuk mengawal tekanan darah pak cik.

Adakah pak cik mengetahui perawatan apakah yang telah diarahkan oleh doktor kepada pak cik? Adakah pak cik memahami kegunaan dan kepentingan perawatan yang diberikan?

Jangkaan jawapan:
      1.    ‘Ya, saya tahu apakah perawatan yang diberikan kepada saya.’
        2. ‘Minta maaf, saya tidak tahu.’


Penerangan
Baiklah, sekarang saya akan terangkan kepada pak cik apakah kegunaan dan kepentingan perawatan yang diberikan kepada pak cik.

Dalam merawat penyakit darah tinggi, kita perlu menggunakan dua jenis pendekatan dalam perawatan iaitu dengan cara mengubah gaya hidup dan juga ubatan.

Dalam pendekatan perawatan mengubah gaya hidup, apa yang pak cik perlu lakukan adalah mengubah suai cara hidup dan juga pemakanan encik kearah yang lebih sihat berdasarkan status kesihatan pak cik. Antara contoh pengubah suaian cara hidup yang encik harus lakukan adalah mengamalkan pemakanan yang sihat yang telah disyorkan oleh pakar pemakanan. Pemakanan yang sihat bagi pesakit darah tinggi adalah dengan mengurangkan pengambilan garam dan natrium. Pengambilan garam dan natrium yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan seterusnya akan mengakibatkan komplikasi yang lain. Antara makanan yang tinggi dengan garam dan natrium yang pak cik harus elakkan dari mengambilnya adalah seperti makanan berjeruk, kicap soya, budu, belacan, makanan ringan, makanan dalam tin dan juga keju yang telah diproses. Makanan yang digalakkan dalam pemakanan encik adalah makanan bijirin seperti barli dan oat, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

Selain daripada mengubah cara pemakanan pak cik , pak cik juga perlu untuk mengubah gaya hidup pak cik kearah yang lebih aktif. pak cik juga digalakkan untuk selalu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan satu sesi bersenam haruslah mengambil masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit. Senaman yang digalakkan untuk encik lakukan adalah senaman seperti senaman regangan badan,berjogging, dan juga berbasikal. Bersenam akan dapat membantu menguatkan otot jantung dan sistem cardiovaskular, membantu mengurangkan lemak badan dan juga stress. Selain itu, sekiranya encik merokok, saya juga ingin menggalakkan pak cik untuk berhenti merokok kerana nikotin yang terdapat didalam rokok akan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Setakat ini, adakah encik faham atau mempunyai sebarang persoalan?
Jangkaan jawapan:
        1.    ‘Saya tidak mempunyai sebarang persoalan’

Jika pesakit mempunyai persoalan, jelaskan semula.










Pamplet menunjukan rajah piramid makanan.
Mini penutup
Ya encik. Betul,tepat sekali. Terima kasih kerana encik memahami apa yang saya jelaskan sebentar tadi. Jadi dengan ini, adalah amat penting bagi encik untuk sentiasa mematuhi perawatan yang diarahkan kepada encik bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini. Hal ini kerana, setiap perawatan yang diarahkan kepada encik mempunyai tujuan dan kepentingan yang tersendiri bagi membantu untuk menurunkan tekanan darah encik.

Adakah encik mempunyai apa-apa persoalan yang ingin dikemukan kepada saya?
Jangkaan jawapan:
Tidak, rasanya saya memahami apa yang kamu telah terangkan kepada saya.


Pengukuhan
Baiklah pak cik,saya telah memberi penjelasan serba sedikit mengenai tekanan darah tinggi. Oleh itu, sebelum saya mengundur diri untuk kali ini, saya harap pak cik dapat memahami apa yang saya terangkan sebentar tadi. Bolehkah pak cik ceritakan sedikit apa yang pak cik faham dengan semua penerangan saya sebentar tadi. Bolehkah pak cik?
Jangkaan jawapan:
Pesakit berjaya membuat kesimpulan.

Penutup

Wah,nampaknya pak cik betul-betul memahami apa yang telah saya terangkan tadi. Terima kasih pak cik. Terima kasih juga kerana sudi mendengar apa pendidikan kesihatan yang saya ceritakan sebentar tadi.  Saya doakan pak cik sentiasa sihat dan ceria selalu. Akhir sekali, pesanan saya, jagalah kesihatan dengan pak cik baik.

Beri salam dan mengundur diri.



 ain!!!
all d best!!!
 chaiyokk!!!
in shaa Allah
^____^





0 comments:

Post a Comment