assalamualaikum
Salam untuk semua, moga dirahmati
Sabarlah wahai hati, sabarlah wahai teman…selalu diuji dan teruji dengan mehnah persekitaran. Beriman itu namanya kesusahan. Kerana takwa itu ibarat memelihara diri berjalan melalui liku-liku duri yang mencucuk perjalanan. Biar langkahmu perlahan, beradab dan penuh kesabaran untuk mencapai destinasi perjuangan.
Sabarlah wahai hati, sabarlah wahai teman…gembiralah dengan ujian kerana tanda Allah masih sayang…tidak mahu dibiar berlalu tanpa simpang, sekali pun jalan berliku tetap dipandu…izinkan hati menjadi lapang…demi kebahagiaan.
![]() |
| never give up |
![]() |
| sweet |
Bila engkau memandang segalanya dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu...
Pastinya..akan damailah hatimu..
Kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala sesuatu yang sia-sia..
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..
Mungkin itulah yang Dia mahu,
Kerana Dia tahu hati yang sebegini selalunya mudah untuk akrab denganNya..
Ingatlah alangkah manisnya ujian Allah,
Lantaran Dia yang menguji kita,
Dan Dialah juga yang membantu kita menghadapinya...
"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,dan org sabar itu tidak pernah rugi..."
masyaAllah,subhanallah...











3 comments:
sabar!!
owh,ni utk teman istimewa saya..=)
sabar utk teman istimewa tersebut :)
Post a Comment